Orang jumpa, terus percaya.
Website bengkel kereta. Servis, harga dan butang booking slot, semua di depan mata. Tauke tukar harga sendiri.
Nak yang macam ni untuk bisnes andaUntuk bisnes kecil & sederhana
Penat taip quotation satu-satu, salin order WhatsApp ke Excel? Kami buatkan sistem supaya kerja tu jadi automated.
Contoh kerja kami
Empat contoh, satu untuk setiap servis. Bisnes dan data rekaan, tapi skrin ni kami bina sendiri.
Website bengkel kereta. Servis, harga dan butang booking slot, semua di depan mata. Tauke tukar harga sendiri.
Nak yang macam ni untuk bisnes anda
Projek, progress dan approval dalam satu sistem. Boss approve PO dari telefon, tak payah tunggu masuk pejabat.
Nak yang macam ni untuk bisnes anda
Pelanggan order dalam WhatsApp. Bot masukkan ke sistem dan balas confirmation. Yang tak jelas, bot tanya tauke dulu.
Nak yang macam ni untuk bisnes anda
Report ringkas setiap bulan: apa yang ditukar, apa yang dibaiki, dan berapa jam digunakan.
Nak yang macam ni untuk bisnes andaUntuk siapa
Bukan syarikat besar. Bisnes yang tuan punya sendiri turun padang, dan masa tu memang mahal.
Anda di tahap mana?
Kami faham. Mungkin anda baru perasan ada masalah, atau tengah banding beberapa pilihan. Tekan yang paling dekat dengan anda sekarang.
Mula dari sini
Tekan satu. Kami terangkan apa yang kami boleh buat dan berapa lama.
Apa kami boleh buat
Anda isi borang, quotation siap dalam bentuk PDF — ada logo, ada nombor rujukan. Tak perlu taip dari kosong, dan tak ada lagi salah kira.
Apa kami boleh buat
Stok, pelanggan dan jualan semua dalam satu sistem. Semua staf tengok nombor yang sama — tak perlu tanya lagi "yang mana betul?"
Apa kami boleh buat
Order dari WhatsApp atau borang terus masuk sistem. Pelanggan dapat mesej confirmation automatik — anda tak perlu balas satu-satu.
Apa kami boleh buat
Website yang buat pelanggan yakin dengan bisnes anda. Nak tukar gambar atau harga? Anda boleh buat sendiri, tak perlu tunggu orang.
Apa kami boleh buat
Kami jaga setiap bulan: update, security, tukar ayat dan gambar, baiki benda kecil. Kalau ada yang rosak, ada orang yang angkat telefon.
Apa kami boleh buat
Ceritakan je macam mana hari biasa anda. Kami beritahu terus terang apa yang patut dibuat — dan apa yang tak payah buat pun.
Servis
Website syarikat 5 hingga 8 page yang buat pelanggan percaya sebelum mereka jumpa anda. Ayat dan gambar anda boleh ubah sendiri.
Approval, progress projek, stok, report — semua yang sekarang bersepah dalam WhatsApp group dan Excel — kami jadikan satu sistem ikut cara anda kerja.
Kerja yang staf ulang setiap hari — isi borang satu-satu, salin data dari Excel — kami serahkan pada bot. Atau sambung website anda dengan AutoCount.
Kami tukar ayat dan gambar, baiki benda kecil, dan buat security update setiap bulan. Anda tak perlu fikir pasal tu.
Nak cuba dulu?
Ada 14 demo yang anda boleh tekan dan cuba sendiri — kedai online, sistem booking, sistem quotation, dashboard. Percuma, tak perlu daftar.
Cara kami kerja
Ini langkah kami dari hari pertama sampai siap. Tekan mana-mana langkah untuk baca.
Kami tanya apa team anda buat setiap hari, dan bahagian mana yang paling buang masa. Lepas tu kami tulis apa yang akan dibuat, dan anda setuju dulu sebelum kami mula.
Sebelum tulis kod, kami tunjuk design setiap skrin. Anda semak dan setuju dulu. Jadi tak ada kejutan bila dah siap.
Pitou, pembantu AI kami, tolong tulis kod dengan laju. Tapi setiap perubahan, developer kami semak dulu sebelum masuk ke projek anda.
Kami cuba di telefon, tablet dan komputer, guna data betul. Kalau ada yang rosak, kami baiki dulu sebelum anda nampak.
Kami launch website atau sistem anda, dan ajar cara guna. Kalau ada yang rosak dalam 30 hari (website) atau 60 hari (sistem), kami baiki percuma. Lepas tu, kalau nak, kami jaga setiap bulan.
Website siap dalam 14 hari. Untuk sistem, kami bagi tarikh sebenar lepas consultation — bukan agak-agak.
Kenapa beli software tak semestinya selesai
Ramai dah beli software. Tapi separuh fungsi tak pernah guna, yang betul-betul perlu pula tak ada. Last-last, team balik guna Excel dan WhatsApp.
Kami buat terbalik: kami tengok dulu apa staf anda buat setiap hari, baru kami putuskan apa yang perlu dibina.
Agensi guna template
Tukar warna, tukar gambar, hantar invois. Kerja harian anda tetap sama.Software siap beli
Bagus, tapi dibuat untuk bisnes orang lain. Anda pula yang kena ikut cara software tu.Bejaa Digital
Kami belajar cara anda kerja, buat sistem ikut cara tu, dan kami masih ada lepas siap.Kenapa boleh percaya kami
Tak ada siapa boleh janji berapa banyak anda akan jual — hati-hati dengan orang yang janji macam tu. Yang kami boleh janji: kerja berulang jadi automated, semua maklumat ada di satu tempat, dan bila ada masalah, ada orang yang tolong.
Antara klien kami
IRKAZRetail
ChalensHQ
Maintenance bulanan
Kami jaga website dan sistem anda setiap bulan. Lebih murah dari ambil staf IT sendiri, dan nak berhenti pun boleh — tak ada kontrak panjang.
Untuk mana-mana website.
Untuk satu sistem kecil atau bot automation.
Untuk sistem dalaman yang staf anda guna setiap hari.
FAQ
Ada soalan lain? WhatsApp je kami — kami balas waktu kerja.
Slot terhad
Sebab satu orang yang jaga projek anda dari mula sampai siap. Kami tak nak ambil lebih dari yang kami mampu jaga dengan baik. Tapi free 15 min consultation, boleh book hari ni.
FREE15 min consultation
Dalam 15 minit, kami dengar satu masalah utama anda. Lepas tu kami beritahu terus terang: boleh automate atau tak, berbaloi atau tak, dan berapa lama. Free, dan anda tak terikat apa-apa.
15 minit ni untuk faham masalah bisnes anda. Kami tak buat design, logo atau kerja free.
15 minit, satu masalah. Ceritakan kerja apa yang paling buang masa anda setiap minggu. Kami beritahu terus terang — boleh automate atau tak, berbaloi atau tak, dan berapa lama. Tak bayar, tak terikat.
Kami balas dalam 2 jam waktu kerja