Terma & Syarat Perkhidmatan

Sila baca terma ini dengan teliti sebelum melantik Bejaa Digital.

1. Penerimaan Terma

Dengan membuat pembayaran deposit kepada Bejaa Digital, anda dianggap telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang terkandung di halaman ini.

2. Pembayaran & Deposit

  • Deposit 50% diperlukan sebelum sebarang kerja dimulakan.
  • Baki 50% perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum laman web diserahkan (Go-Live) atau akses admin diberikan.
  • Deposit tidak akan dikembalikan (Non-refundable) jika pembatalan dibuat oleh pihak pelanggan selepas kerja dimulakan.

3. Semakan & Pindaaan (Revisions)

Pakej kami merangkumi sehingga 3 Pusingan Semakan (Revision Rounds) percuma. Sebarang perubahan tambahan selepas itu akan dikenakan caj mengikut kadar jam semasa.

4. Kandungan & Bahan

Pelanggan bertanggungjawab menyediakan teks, gambar, dan logo dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kelewatan menyediakan bahan akan menyebabkan tarikh siap projek ditunda.

5. Penafian Waranti

Bejaa Digital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian bisnes, kehilangan data akibat kecuaian pelanggan (lupa password/kena hack sebab password lemah), atau isu pihak ketiga (masalah server hosting luar).