Untuk bisnes kecil & sederhana

Kerja yang anda ulang setiap hari, biar sistem yang buat.

Taip quotation satu-satu. Salin order dari WhatsApp ke Excel. Cari fail yang entah ke mana. Kami buatkan sistem supaya semua tu jalan sendiri — dan kami jaga lepas siap.

Kami balas dalam 2 jam · Sembang pertama percuma · Tak jadi pun tak apa

  • Syarikat berdaftar SSM
  • Website siap dalam 14 hari
  • Harga kami tunjuk terang-terang
  • Satu orang jaga projek anda
Pejabat kami · sekarang --:-- Shah Alam, MY

Untuk siapa

Kami buat untuk bisnes macam anda.

Bukan syarikat besar. Bisnes yang tuan punya sendiri turun padang, dan masa tu memang mahal.

Pemilik kedai sedang menyusun barang di kaunter
Kedai & butik Stok banyak, order dari WhatsApp, kira manual hujung bulan.
Pemilik bengkel berdiri di tepi mesin
Bengkel & kontraktor Quotation taip satu-satu, invois lambat keluar.
Peniaga di gerai sedang tengok telefon
Gerai & kedai makan Order dan tempahan masuk merata, susah nak kejar.
Dua orang berbincang di pejabat
Pejabat & syarikat servis Data dalam Excel, sistem akaun dan WhatsApp — tak sama.

Anda di tahap mana?

Orang jarang terus beli. Biasanya kita tengok-tengok dulu.

Kami faham. Mungkin anda baru perasan ada masalah, atau tengah banding beberapa pilihan. Tekan yang paling dekat dengan anda sekarang.

Rasa macam ada kerja yang buang masa

Contohnya quotation masih taip tangan, data ada merata-rata, atau website dah lama tak update. Mula dengan cari satu masalah yang paling teruk.

Cari masalah saya

Mula dari sini

Kerja apa yang paling buang masa anda?

Tekan satu. Kami terangkan apa yang kami boleh buat, harganya, dan berapa lama.

Apa kami boleh buat

Anda isi borang, quotation siap dalam bentuk PDF — ada logo, ada nombor rujukan. Tak perlu taip dari kosong, dan tak ada lagi salah kira.

Servis
Sistem & Automasi
Harga
Dari RM 5,000
Berapa lama
Kami bagi tarikh lepas sembang pertama

Servis

Tiga benda je yang kami buat. Tapi kami buat betul-betul.

Website Bisnes

Dari RM 1,500

Website yang buat pelanggan percaya sebelum mereka jumpa anda. Nak ubah apa-apa, anda boleh buat sendiri.

Siap dalam 14 hari Kami tulis ayatnya untuk anda 30 hari bantuan percuma lepas siap
Tanya harga website
Paling ramai minta

Sistem & Automasi

Dari RM 5,000

Kerja yang team anda ulang setiap hari — quotation, order, laporan — kami jadikan sistem. Ikut cara anda kerja, bukan sebaliknya.

Ikut cara bisnes anda berjalan Boleh sambung dengan software yang anda dah guna Kami ajar staf anda sampai pandai
Ceritakan masalah anda

Jagaan Bulanan

Dari RM 250 sebulan

Kami buat backup, update, jaga keselamatan dan tukar benda kecil-kecil setiap bulan. Anda tak perlu fikir pasal tu.

Backup setiap hari Pantau keselamatan Laporan setiap bulan
Tengok harga jagaan

Nak cuba dulu?

Ada 14 contoh yang anda boleh tekan dan cuba sendiri — kedai online, sistem tempahan, sistem quotation, dashboard. Percuma, tak perlu daftar.

Cuba contoh sistem

Cara kami kerja

Kami guna AI supaya siap cepat. Tapi orang yang semak.

Ini langkah kami dari hari pertama sampai siap. Tekan mana-mana langkah untuk baca.

Tengah buat

Hari 1 – 3 · Anda & Farizal

Anda cerita, kami dengar

Kami tanya apa team anda buat setiap hari, dan bahagian mana yang paling buang masa. Lepas tu kami tulis apa yang akan dibuat, dan anda setuju dulu sebelum kami mula.

  • Sembang pertama (percuma)
  • Jumpa masalah utama
  • Senarai kerja dipersetujui

Website siap dalam 14 hari. Untuk sistem, kami bagi tarikh sebenar lepas sembang pertama — bukan agak-agak.

Kenapa beli software tak semestinya selesai

Selalunya bukan sebab anda tak ada sistem. Sistem tu je yang tak ikut cara anda kerja.

Ramai dah beli software. Tapi separuh fungsi tak pernah guna, yang betul-betul perlu pula tak ada. Last-last, team balik guna Excel dan WhatsApp.

Kami buat terbalik: kami tengok dulu apa staf anda buat setiap hari, baru kami putuskan apa yang perlu dibina.

Agensi guna template

Tukar warna, tukar gambar, hantar invois. Kerja harian anda tetap sama.

Software siap beli

Bagus, tapi dibuat untuk bisnes orang lain. Anda pula yang kena ikut cara software tu.

Bejaa Digital

Kami belajar cara anda kerja, buat sistem ikut cara tu, dan kami masih ada lepas siap.

Kenapa boleh percaya kami

Semua kami tunjuk. Anda boleh semak sendiri.

Berdaftar SSM No. 202603141826. Quotation, invois dan resit semua rasmi.
Harga tak sorok Senarai harga boleh muat turun. Tak perlu tanya dulu baru tahu.
14 contoh sistem Anda boleh tekan dan cuba sendiri sebelum bayar apa-apa.
Tips percuma Artikel tentang kos website, sistem dan automasi. Ditulis terus terang.

Kami tak janji jualan anda naik.
Kami janji kerja anda jadi lebih senang.

Tak ada siapa boleh janji berapa banyak anda akan jual — hati-hati dengan orang yang janji macam tu. Yang kami boleh janji: kerja berulang jadi automatik, semua maklumat ada di satu tempat, dan bila ada masalah, ada orang yang tolong.

Antara klien kami

OZO Commercial IRKAZRetail ChalensHQ

Jagaan bulanan

Lepas siap, kami tak hilang.

Kami jaga website dan sistem anda setiap bulan. Lebih murah dari ambil staf IT sendiri, dan nak berhenti pun boleh — tak ada kontrak panjang.

Muat turun senarai harga (PDF) Harga anggaran untuk website, sistem dan jagaan bulanan. Harga sebenar kami bagi dalam quotation.

Essential Care

RM 250 sebulan

Untuk website kecil yang jarang ditukar.

Backup setiap hari Update & pantau keselamatan 1 jam untuk ubah apa-apa setiap bulan
Paling berbaloi

Complete Care

Untuk bisnes yang selalu tukar isi website.

Semua dalam Essential Care 5 jam untuk ubah apa-apa setiap bulan Laporan setiap bulan Kami dahulukan anda bila ada masalah

System Care

Untuk sistem yang staf anda guna setiap hari.

Semua dalam Complete Care Bantu staf yang guna sistem Tambah baik sistem dari semasa ke semasa

Soalan

Soalan? Kita jawab.

Ada soalan lain? WhatsApp je kami — kami balas waktu kerja.

Tak boleh, dan kami tak nak tipu. Yang kami boleh janji: kerja berulang jadi automatik, semua maklumat ada di satu tempat, dan bila ada masalah, ada orang yang tolong.
Website bermula RM 1,500. Sistem dan automasi bermula RM 5,000. Jagaan bulanan dari RM 250. Senarai harga penuh boleh muat turun di bahagian Harga. Harga sebenar kami bagi dalam quotation, sebab setiap bisnes lain keperluannya.
Lebih kurang 14 hari, kira dari hari anda hantar logo, gambar dan maklumat syarikat. Sistem pula ikut saiz kerja — kami bagi tarikh lepas sembang pertama.
Boleh. Anda cuma cerita macam mana bisnes anda berjalan. Yang teknikal, kami uruskan. Lepas siap, kami ajar staf anda sampai pandai guna.
Kami guna AI supaya kerja siap lebih cepat. Tapi setiap perubahan, orang kami semak dan cuba dulu sebelum sampai pada anda. Sistem custom pula berjalan di server anda sendiri.
Boleh. Bayar separuh untuk mula, separuh lagi bila siap. Projek besar kami pecahkan ikut fasa.
Satu orang je, dari mula sampai siap. Anda tak perlu cerita pasal bisnes anda berulang kali pada orang yang berbeza.
Boleh. 30 hari pertama, ubah sikit-sikit percuma. Lepas tu, ia masuk dalam jagaan bulanan, atau kami bagi harga ikut apa yang nak diubah.

Slot terhad

Kami tak ambil banyak projek dalam sebulan.

Sebab satu orang yang jaga projek anda dari mula sampai siap. Kami tak nak ambil lebih dari yang kami mampu jaga dengan baik. Tapi untuk sembang percuma, boleh mula hari ni.

Balas dalam 2 jam Sembang pertama percuma Bayar separuh dulu
Tempah sembang percuma

Sembang percuma

Ceritakan kerja yang paling buang masa anda

Kami tengok, lepas tu beritahu terus terang: boleh automasi atau tak, berbaloi atau tak, dan berapa lama. Percuma, dan anda tak terikat apa-apa.

Kami balas dalam 2 jam waktu kerja Satu orang jaga anda dari mula sampai siap Kalau kami bukan orang yang sesuai, kami cakap terus
Seorang wanita sedang video call dan melambai
Sembang macam biasa — WhatsApp, call atau video call. Ikut mana senang anda.

Nombor anda kami guna untuk balas mesej ni sahaja.

Jom mula dengan sembang percuma

Ceritakan kerja apa yang paling buang masa anda setiap minggu. Kami beritahu terus terang — boleh automasi atau tak, berbaloi atau tak, dan berapa lama. Tak bayar, tak terikat.

Kami balas dalam 2 jam waktu kerja
WhatsApp kami Biasanya balas dalam 2 jam